My Lovely Followers

Translate

Wednesday 11 December 2013

BLUEBERRY CHEESE CAKE

Assalamualaikum..
Alhamdulillah sekali buat jer terus jadi kek ni..ingatkan tak menjadi dah tapi nasib menyebelahi kita..menjadi ..!!..Terima kasih kepada yg sudi share resepi ni ..Saya minta maaf banyak-banyak kepada pemilik resepi ini sebab saya dah lupa nama blog beliau...



 BLUEBERRY CHEESE CAKE..

Bahan-bahannya;
bahan A 
250 g cream cheese
50 g butter
100 ml susu segar
6 biji kuning telur gred A
1 sdb jus lemon @ 1 sdk esen vanilla
1/4 sdk garam
60 g tepung kek - ayak 3 kali
20 g tepung jagung

bahan B
140 g gula kastor
6 biji putih telu gred A
3/4 sdk jus lemon

utk topping
 saya guna topping blueberry @ kegemaran masing-masing
 
cara-cara
utk adunan A
cairkan cream cheese,butter & susu dgn teknik double boiler.kacau dgn whisk sehingga  sebati.Bila dah cair dan sebati sejukkan adunan tadi.
Campurkan adunan cream cheese tadi dgn tepung,tpg jagung,kuning telur,garam & jus lemon sehingga sebati dgn kelajuan mixer yg sederhana.
utk adunan B
Dlm bekas lain ..pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih-buih..lepas tu tambahkan gula dan pukul lg sampai bertanduk (soft peak)
Campurkan adunan bhn A td ke dlm adunan bhn B yg dah gebu tu dan kacau  sampai sebati. sediakan bekas kek yg bulat berukuran 9' yg telah di griskan bwhnya & di alas dgn kertas baking.Bakar kek  dlm 1 jam dgn teknik waterbath pada 160c.

waterbath- sediakan loyang yg lebih besar drpd loyang kek,isikan air panas kemudian letakkan loyang kek td ke dlm loyang yg berisi air panas td..bakar hingga masak.


 

Tuesday 10 December 2013

KEMBALI BERAKSI.!!..Kerabu Sotong ,Udang & Mangga..

Assalamualikum...
Salam kerinduan buat semua teman-teman..setelah sekian lama menyepi,kini DLP muncul kembali..semoga kemunculan kali ini takkan "tenggelam" lagi..insya Allah..
Untuk sekian kalinya DLP nak share satu resepi bagi penggemar kerabu..kerabu seafood..
menu yg senang dan cepat di sediakan..
 
 


Kerabu Sotong ,Udang dan Mangga...
 
Bahan-bahannya;
  1. 5 ekor sotong -celur
  2. 10 ekor udang - celur
  3. 2 biji mangga muda - sagat
  4. 5 tangkai cili padi 
  5.  sedikit daun ketumbar-ikut suka
  6. 3 ulas bwg merah kecil
  7. 3 sdb kicap sotong @sos ikan
  8. 4 sdb jus limau nipis
  9. sedikit kacang tumbuk- kita x letak pun
- udang dan sotong di celur terlebih dahulu
- campurkan kesemua bhn kecuali kacang tumbuk(utk di tabur last skali) gaul sebati dan sedia utk di hidangkan..



Thursday 10 October 2013

Steak My Style..

Assalamualaikum...
Setelah sekian lama tak boleh nak update blog ni,dah puas mengodeknya..rasanya ada "jari -jemari kecil" yg cuba nak belajar berblog ni..nak edit gambar pun dah tak boleh..nak kena serah pc ni kepada yg pakar..




Nak try gak masak steak ni..walaupun tak pernah masak steak..!!.Wanie perap steak ni ikut suka jer..campak jer apa yg ada kat freeze tu..tapi bernasib baik jugalah menjadi.. .
Resepinya nanti Wanie share lain kali ya...nanti Wanie update..




Tuesday 10 September 2013

Sambut MERDEKA di Legoland Nusajaya Johor..

Assalamualaikum..
Sekarang ni sibuk sangat..,nak luang masa kat blog ni pun susah..berkejar masa..!!..Ni n3 masa cuti sempena sambutan Merdeka bulan lepas..baru nak update..!!..

Bagi mereka yg baru nak plan ke Legoland ni,harga tiket bagi seorang dewasa berharga RM140 kanak-kanak RM90.Itu untuk full acces.Dan klu dtg pada hari cuti mcm hari Merdeka ni,harga tiket di beri diskaun.Memang berbaloilah klu nak di bandingkan dgn sesetengah tempat yg kena caj jika nak cuba permainan yg lain.


Naik Projek X ni mcm nak tercabut jantung..mcm roller coster..



Memang betul-betul cantuman lego..







Ni Tower Lego...Tower ni naik secara berpusing dan boleh nampak seluruh kawasan yg berdekatan..masa kami ada kat atas,tower ni mengalami sedikit masalah...itu di sebabkan ramai penumpang yg berdiri dan berjalan..perbuatan itu adalah di larang ketika tower ni sedang menaik. Panik sekejap..tu la tak dengar cakap.. .Tapi Alhamdulillah ,dgn kepakaran juruteknik masalah tu dpt di selesaikan.


dah ready nak naik sampan ..





Thursday 29 August 2013

Pulut Pagi

Pulut Pagi itu namanya..tapi tak semestinya waktu pagi jer boleh makan pulut ni..petang ke,  malam ke , subuh hening ke...suka hati kitalah ya..!!..kita yg nak makan dia bukan dia yg nak makan kita..haha..!!

 xde deko-deko yg menarik..hambik ko..!!


PULUT PAGI
  
Bahan-bahannya;
  •  1/2 kg beras pulut - rendam 1 jam
  • gula melaka
  • daun pandan
  • sedikit air
  • kelapa parut
  •  sedikit garam
utk air gulanya
- masak gula melaka dgn sedikit air dan daun pandan

cara-caranya
 - kukus pulut terlebih dahulu hingga masak
- angkat dan masukkan ke dalam bekas yg bersih dan kering utk di gaulkan dgn gula melaka,
-curahkan air gula melaka ke dlm bekas yg berisi pulut(yg masih panas) tadi dan gaulkan sehingga betul-betul sebati
- buatkan bentuk kesukaan masing-masing @ blh juga bungkus macam saya buat tu ya..

Wednesday 28 August 2013

Ikan Kembung Percik Putih

Syawal yg ke 21..
Ni salah satu n3 yg tertunggak yg x dpt nak post masa bulan Ramadhan yg lepas..
abaikan yg comot-comot tu ya..hee..
Gambar ni pun selekeh jer..x per belasah jer janji sodap..!!
IKAN  KEMBUNG PERCIK PUTIH
Bahan-bahan;
  • ikan kembung @ ayam - perap dgn halia & bwg puith
utk kuah
  • 6 ulas bwg merah*
  • 3 ulas bwg putih*
  • 1 btg serai *
  • 1/2 in halia*
  • 1 cwn santan pekat
  Blend kesemua bhn yg bertanda *,  masukkan semua bhn yg bertanda * ke dalam satu periuk..sentiasa kacau ukt elak kuah menjadi ketul dan perasakan.
bakar ikan..ikan dah separuh masak,sapukan sedikit kuah tadi pada ikan dan bakar ikan semula hingga masak..
 

Sunday 25 August 2013

Colek Daun Kadok..

Siapa pernah makan Colek Daun Kadok..??
Bukan daun sireh ya..
Ke ada yg baru dengar colek daun kadok ni..??
Kalau sebelah Pantai Timur tu mungkin biasa dah..tp ada juga yg tak kenal dengan makanan ni..mungkin sebab makanan ni asal dari negara jiran iaitu Thailand..bagi kami yg duduk berjiran dgn negara Thailand ni memang dah biasa dgn makanan diaorang..asalkan yg halal dan sedap kami makan.."tiada sempadan bagi kami untuk makan minum"

 cara makannya pun sama macam org makan sireh pinang tapi bezanya ialah colek daun kadok lagi sedap dari makan daun sireh..itu bagi Wanie lah..!!




 set mcm ni hanya ada kat Rantau Panjang je ya..

Bahan-bahannya banyak jugak..hanya orang yg rajin dan sabar jer boleh sediakan bahan ni..

Antara bahan-bahannya:
  • daun kadok
  • bwg merah*
  • limau nipis*
  • cili padi*
  • kacang tanah goreng
  • kelapa yg di hiris halus dan di sangai
  • halia*
  • udang kering
  • sos gula melaka
 semua bahan yg bertanda * hanya di potong dadu aje..yg kelapa tu kena hiris nipis pastu kena sangai sampai garing
untuk sosnya pulak..gula melaka,sedikit kicap,sedikit kacang tanah tumbuk dan sedikit air- masak kesemuanya sehingga menjadi pekat..biarkan sejuk pastu baru boleh makan..


 
   

Friday 23 August 2013

Strawberry Smoothies

Assalamualikum...
Alhamdulillah dapat dapat bersua lagi kita..!!..Hampir dua bulan tak boleh nak update blog ni, gara-gara tersalah setting pc..apa nak buat banyak sangat tangan-tangan yang "pandai"..
Hari ni nak share satu resepi yg dah lama menunggu giliran nak "post"..resepi ni Wanie ambil dari blog Kak Amie      tapi di ubah sikit..Kak Amie mohon share ya..
 


Ermmm..!!sedap sangat..
 
 
STRAWBERRY SMOOTHIES
 
bahan-bahan
 150 gram strawberry
200 ml yogurt asli
150ml susu segar
2 sudu makan gula pasir / madu

Cara:
1. Sejuk bekukan strawberry selama lebih kurang 1 jam.
2. Campurkan strawberry bersama yogurt asli, susu segar dan gula pasir / madu di dalam pengisar.
3. Kisar hingga halus dan lembut.
4. Tuang ke dalam gelas.
5. Sedia untuk dinikmati.
 
 
 
 
 
 

Friday 19 July 2013

Ketupat Sotong Kelantan

Ketupat sotong versi Kelantan..


Layan ketupat sotong untuk iftar..memang sesuai sangat..!!..Bagi yang tidak menggemari manis-manis boleh kurangkan kemanisannya..


KETUPAT SOTONG VERSI KELANTAN

Bahan-bahannya;
- 10 ekor sotong saiz xxl..seelok-eloknya.
- 1 cwn beras pulut-rendam semalaman
- 2  keping gula nisan@ gula kabung
- 1 1/2 cwn santi pekat
- 5 sdb gula pasir
- 2 helai daun pandan
- sedikit garam  
- lidi 

 campurkan beras pulut dengan sedikit santan
buang kekotoran dlm perut sotong-masukkan beras pulut separuh sahaja ke dalam perut sotong 
cucukkan lidi diatas permukaan perut sotong supaya beras pulut tidak keluar
susunkan daun pandan di dasar periuk ,masukkan sotong dan susun dgn cermat..
masukkan gula,garam dan nisan@gula kabung bersama-sama lebihan santan  tadi..tutup periuk.
masak guna api kecil..



  

Thursday 18 July 2013

Puding Roti

Assalamualaikum...Salam Ramadhan yang penuh barakah..**
Alhamdulillah dah 8 hari kita berpuasa..syukur kerana di beri peluang sekali lagi untuk menikmati bulan yang penuh Barakah ni..
Menu ni menu yg tertunggak juga..nak juga kongsi,puding roti ni memang sedap sangat.Bahannya pun takdelah banyak pun..
 
 
 

 
 
 
 
 PUDING ROTI KURMA

 Bahan-bahannya;
- 5 keping roti sandwich
- 1 cwn whipping cream*
- 1 cwn susu full cream*
- 1/2 cwn gula*
- 1 sdk esen vanilla*
- 2 biji telur*
- sedikit kurma(kismis pun boleh)
susun kepingan roti mengikut kesukaan(carik-carikkan pun boleh) dalam loyang (loyang gris dulu dgn mentega)
blend bhn yg bertanda * dan curahkan kedalam loyang tadi,biarkan selama 1 jam..taburkan kismis..(saya guna kismis jer)
panaskan oven 10 minit, bakar suhu 160 selam 30 minit
 

untuk sos krim
- 500ml susu full cream
- gula 5 sdb- ikut suka manis
- 1 1/2 sdb tpg jagung-mengikut likat masing2
- 1 sdk esen vanilla

panaskan susu dan gula,setelah mendidih masukkan tepung jagung dan esen vanilla..guna api yg perlahan..

Tuesday 2 July 2013

Jalan-Jalan ronda Pekan Golok..Makan Buffet kat Golok..

 Ada sesiapa faham ke ..?maksudnya ambil banyak naanti kalau tak habis kena bayar..begitulah agaknya..!!
Ada sesiapa yang pernah ke Pekan Golok Thailand...?kalau pernah,mesti pernah sampai di kedai ni..nama kedai ni Buffet..???...(x ingat nama kedainya) agak glamour jugalah restoren ni di kalangan penduduk sini..
Tema restoren ala-ala steamboat..harga untuk seorang dewasa hanya RM9.90 ..untuk kanak-kanak RM5.90 sahaja..


 pelbagai kerabu..kerabu ayam,kaki ayam,daging,perut dan banyak lagilah..

 customer..meja kamilah tu..

 aneka dessert dan aneka laksa,laksamnya

 daging dan aneka sayur



hanya sup biasa..
Wanie bagi ***untuk restoren ni...


Saturday 29 June 2013

Brokoli Oyster Sos..

Menu yang dah lama tertangguh nak tayang..

 ratah pun sedap ni..bagi yg nak berdiet tu bolehlah cuba ni ya..


 

Brokoli Oyster Sos
Bahan-bahan
- brokoli -potong mengikut kesukaan
- 2 ulas bwg putih-ketuk
- 1/2 biji bwg besar-chop
- 3 sdb sos tiram
- 2 sdb minyak bijan
- 1/2 kuib ayam
- sedikit air
- sedikit minyak utk menumis

- masak air sehingga mendidih,masukkan brokoli seketika-angkat dan ketepikan
- tumiskan bwg putih dan bwg besar
- masukkan sos tiram dan sedikit air
- masukkan kuib ayam dan minyak bijan
- tuangkan keatas brokoli-susun cantik terlebih dahulu..


 
 

Friday 28 June 2013

Timun Betik..

Assalamualaikum..
Hari ni dah boleh nak update "di lesung pecah .."ni nasib baik lesung kat sini tak pecah..takut merajuk tahap gaban..
Dek kerana jerebu line intenet pun ikut slow..macam tak percaya pulak..tapi hari nidah kembali macam biasa..line pun dah clear..cuaca pun dah kembali macam biasa,jerebu pun dah tiada..berkat doa kita semua..ALHAMDULILLAH SYUKUR...!!..Tuhan dengar apa yg kita minta dari Dia...
Hari ni nak update lah n3 yg dah lama tertunggak ni..rasanya dah penuh dengan memori.Dah nak melimpah..
Hari ni kita layan buah yg agak jarang kita temui sekarang ni..jarang-jarang jumpa..nama manja yang kami panggil buah ni ialah TIMUN BETIK..klu kat Pantai Timurlah.Tak pasti klu negeri lain panggil apa buah ni..


Beginilah rupa bentuk timun betik ni..setelah masak ranum dan bersedia nak di "lapah"..hehe..
Rasanya sangat tawar dan berbau wangi..susah nak di gambarkan..!!

ni lah buah timun betik yg belum masak lagi

setelah di olah...

 Ta..raaa..!!
Buah ni Wanie beli masa on the way balik KL dari Kelantan..


TIMUN BETIK

bahan-bahannya
 - 1 biji timun betik
- santan dari sebiji kelapa(klu nak tahan lama masak terlebih dahulu santan bersama daun pandan)optional
- sedikit garam
- 1/2 cwn gula pasir/gula melaka..

cara-caranya
-buang kulit dan bijinya terlebih dahulu..potong mengikut saiz kesukaan
-santan,garam dan gula di campur sekali dan tuang ke atas timun betik yg telah di potong tadi..hidang bersama ais..makan ketika sejuk..

 

Wednesday 12 June 2013

Ketam Black Pepper



Ketam Black Pepper...x perlu kata apa-apa..!!..hanya lihat saja..

Resepi ;KETAM BLACK PEPPER

Bahan-bahan;
  2@3 ekor ketam
2 sdb lada hitam
2 biji bwg putih
1 biji bwg besar
2 sdb sos tiram
1 sdb kicap manis
sedikit air

caraanya;
1 goreng ketam terlebih dahulu
2 tumiskan bwg putih dan bwg besar
3 masukkan lada hitam,sos tiram,kicap manis  
4 masukkan sedikit air dan perasakan
  


Tuesday 11 June 2013

Tiramisu Sulung KU

 Bila kerajinan  melanda..nafsu nak "membaking" datang..jadilah tiramisu yg x seberapa ini..walaupun dekonya agak berterabur..tapi bolehlah daripada xde langsung..hehe..!!
Tiramisu ni memang favourite kami sekeluarga..depa ni selalu request ni..
Dulu memang x pandai langsung nak buat tira ni..tapi semenjak jiran ajar n siap demo skali, tu yg dah pandai sikit buat tira ni..jutaan terima kasih Una kerana sudi berkongsi ilmu ni...
Dulu pandai order jer..



Bahan-bahan;
utk kek sponge;
-125g tepung gandum
-125g gula
-5 biji telur gred B
-2 sdk serbuk koko
-25ml air
-50ml minyak jagung
-1 sdk baking powder
utk cream cheese
-250g tatura cream cheese-brand lain pun blh
-50g gula castor
- 100g whipping cream-anggaran....biasa main letak jer..
-esen vanilla
utk sirap 
- 1/2 cwn air suam + 2 sdk nescafe + sedikit gula(curah sikit-sikit ke atas kek sponge supaya sedikit basah sebelum letak cream cheese di setiap lapisan kek sponge.. 

caranya;
-masukkan kesemua bhn utk kek kecuali minyak...putar sehingga kembang 2x ganda dari yg asal,last skali baru masukkan minyak jagung..putar sekejap.
-bakar dlm loyang 4 segi..9x3 klu x silap saiz..
-bakar selama 40 minit @ sehingga masak
-sejukkan seketika

utk cream cheese
-masukkan semua bhn-putar sehingga bhn sebati dan x berketul-ketul..

utk layer
-potong kek mengikut bekas kesukaan masing2
-layer paling bwh ..kek pastu cream cheese pastu kek dan seterusnya.. 

SELAMAT MENCUBA...

 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...