My Lovely Followers

Translate

Monday 25 March 2013

Nasi Dagang


 Assalamualaikum...apa khabar semua..?..menu apa hari ni untuk juadah tengahari ni..?Ke ada yg belum tahu lagi nak masak apa untuk hari ni..ok,x per..meh sini Waniey nak share menu untuk hari ni..menu yg di datang khas dari Pantai Timur..rasanya pasti yg dah tahu pasal Nasi Dagang ni kan..?


Beras nasi dagang

 Nak masak nasi dagang ni agak lecehlah bagi Wanie, kena sabar sikit.sebabnya banyak step nak kena buat .

 gabungan mesra



NASI DAGANG
Bahan-bahan
utk nasi

  • 1 kg beras nasi dagang 
  • 1 1/2 biji santan kelapa
  • 6 ulas bwg merah kecil-mayang
  • 2 ulas bwg putih-mayang
  • halia-mayang
  • 2 sudu besar halba
  • garam dan gula
  • daun pandan
 rendam beras semalaman @ 2,3 jam sebelum di kukus. 
  1. alaskan loyang pengukus yg berlubang dgn daun pandan supaya beras tadi x jatuh dlm periuk yg berisi air- kukus beras selama 15 minit sehingga kembang
  2.  masukkan bwg merah,bwg putih,halia,halba dan santan serta gula dan garam-gaul sampai mesra
  3. kukus lagi sekali sehingga beras tadi masak @ sedikit kembang
      
 Bahan-bahan untuk gulai ikan tongkol
  • 1 ekor ikan tongkol yg besar-rebus semalaman dgn gula melaka asam keping dan garam-air sedikit shj(alas periuk dgn daun pandan utk elak ikan hangit/melekat)-guna api kecil
  • 1 paket rempah gulai nasi dagang(utk gulai ikan tongkol) import dari Pasar Payan Terengganu 
  • 2 biji kelapa utk santan
  • 10 biji bwg merah*
  • 3 biji bwg putih*
  • sedikit halia*
  • 2 btg serai
  • 4 sdb cili boh@cili giling*
  • garam n asam keping
 tumiskan bhn yg bertanda * sehingga pecah minyak
masukkan rempah gulai ikan yg di bancuh dgn sedikit air
biarkan sehingga rempah tadi pecah minyak,masukkan santan dan juga bhn perasa(garam,gula)dan last sekali masukkan ikan tongkol yg telah direbus..
kacau sebati..bolehlah di hidangkan..
 
 
 
 
 

Monday 18 March 2013

Bawal Berselimut Sambal,Bawal Tidur Di Siang Hari...

Bawal berselimut sambal..hurmmm..!! Nak tengok..jomm..



Hanya namanya sahaja bawal berselimut sambal...bawal tu dah lama "tidur".. tu yg nak kena selimut ni...
resepinya sama gak dgn sambal ikan lain @ ayam.. resepinya x payahlah ya..masing-masing dah terer buat sambal ni malah lagi bagus dari Waniey ..


 
 

Wednesday 13 March 2013

Rosemary Lamb Grill...western ke laut..

Salam semua...
Ni namanya western ke laut,main belasah jer bahan-bahannya..bahan yg sedia ada kat dapur..mix semua..tp nasib baik menjadi n sedaplah jugak..Boleh laaa...


sosnya kuning gara-gara lesung batu ada sisa kunyit..hihi..



Dekonya pun ke laut gak...ahli jawatankuasa (che Asben n anak2) kata,x payah nak deko-deko...hurmmm sweet kan depa ni..bermakna depa ni lapar sesangat ler...hihi...terukkan..?

Bahan-bahan utk perapan
tulang rusuk kambing 1/2 kg
-2 sdb rosemary*
-2 sdb lada hitam*
-5 ulas bwg putih*
-minyak zaitun
-sedikit garam
 tumbuk semua bahan yg bertanda *,gaulkan tulang rusuk kambing. dgn minyak zaitun dan garam.Perap semalaman @ 1 jam sebelum di grill...


untuk sos
- 1 sdb butter
- 2 sdb lada hitam
- 2 sdb tepung gandum
- 1/2 cwn air
- 1 labu bwg holland-potong dadu
- 1 kiub ayam


cairkan butter,masukkan tepung gandum..kacau sehingga tpg kekuningan,masukkan air,bwg,lada hitam dan kiub ayam..kacau sehingga bhn semua mesra..

****klu ada sayuran cam brokoli pun boleh serve sekali..lagi sedap..!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...