My Lovely Followers

Translate

Friday 28 December 2012

Ketam Di Cili Padi kan..hambik koo..!!

Lumrah hidup.. ketam jadi mangsa santapan utk tengahari kami sekeluarga..!!..apa boleh buat..!
 
 





Rasanya x perlu resepi dah kot..semestinya ramai yg dah mahir masak lemak cili padi ni..kita layan mata jer lah ya..!!
 
 
 
 
 

Thursday 27 December 2012

Tergoda Juga..Alahai Durian Crepe..!!

Demam durian crepe dah lama melanda bumi bertuah Malaysia.."di lesung pecah"pun "terkena"jugak tempias "demam durian crepe" ni..apa boleh buat..!!..masing-masing dok tayang "benda tu"..tergoda beb..!..
 

Sememang sedaplah seperti yg di war-warkan..memang x salah mencuba buat ni..puas hati betul buat ni..
 
 
DURIAN CREPE
 
Bahan-bahannya:
  • 20gm tepung ubi
  • 20gm tepung gandum
  • 10gm tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 1 senduk myk masak
  • 1 senduk gula halus
  • 40ml susu cair
  • 150ml air
  •  pewarna kuning@warna pilihan
  • perisa durian
Cara-cara buat
masukkan semua bhn ke dlm mangkuk,kacau sebati menggunakan whisk @ blh juga diblend..kemudian di tapis.
klu guna blend kena biarkan buih-buih yg terhasil tu hilang dahulu sebelum memasaknya..
apabila dah sebati semua,bolehlah masaknya menggunakan pan .
pastikan masak hingga sedikit kering,angkat dan x perlu di terbalikkan
 
Filling
  • 150ml fresh cream mix sekali dgn isi durian(sedikit)putar hingga kental
  • isi durian
 
p/s ..letakkan fresh cream sesudu kecil letak isi durian dam letak lagi fresh cream diatasnya..

Monday 17 December 2012

Siakap Stim Limau

Dah makan belum..?..selera utk hari ada masam,masin, dan pedas .. menu yg pernah di tayang sebelum ni..Siakap Stim Limau ..x perlu bebel panjang lebar..kita terus jer "jamu" selera ....


Menu ni pernah di tayang sebelum ni..resepinya sangat mudah ,,klu nak resepi sila ke SINI 
..

******

*****

****

***

**

*

 

Saturday 15 December 2012

Ketam Goreng Telur Masin

 Selamat berhujung minggu semua.Masa untuk bersantai bersama keluarga..hujung minggu yg tenang dan damai..tapi hujung minggu ni agak sibuk sikit dek kerana ada pengubahsuaian kat dapur..masak pun cincai-cincai jer..tapi hari ni teringin nak makan ketam goreng telur masin,..biasa main order-order jer..hari ni nak try buat sendiri pulak...walaupun x berapa nak cantik..!!..tak per first try,memang cam gini kot..>o<..nanti boleh try buat lagi..buat sampai jadi..!!!
 Untuk hari punya,.. layan jer pic yg ni eahhh....!!
 

 Cara pembuatannya pun senang jer..mix n campak..campak dlm kuali yer..jgn dlm "tong sampah"pulak..
 


KETAM GORENG TELUR MASIN

Bahan-bahannya:

  • 5 ekor ketam 
  • 3 biji telur masin-mentah kuningnya di hancurkan
  • 1 cwn tepung jagung
  • sedikit lada sulah
  • minyak utk menggoreng
 cara-caranya:
ketam di bersihkan terlebih dahulu
perap ketam dgn telur masin tadi selama 10-15 minit
gaulkan dgn tepung jagung n lada sulah
goreng dgn segera,..




Thursday 6 December 2012

Lala Masak Hijau..

Seafood time...lama dah x makan seafood ni..kali ni nak masak seafood,lala masak hijau@lala masak cili api hijau..itulah al kisahnya..!!..
So,x payah nak cerita panjang lebar sebab "tuan punya tanah" ni x berapa pandai sangat nak mereka cipta ayat yg "bagus"..layan jerrr lah pic ni yaaaaaa..!!





LALA MASAK HIJAU@ LALA MASAK CILI API HIJAU

Bahan-bahannya:
  • 1 kg lala
  • 10 ulas bwg merah kecil
  • 4 ulas bwg putih
  • 15 tangkai cili padi hijau
  • sedikit hirisan halia
  • sedikit belacan
  • bahan perasa
  • minyak utk menumis
cara-caranya;

tumbuk ke semua bahan tadi kemudian tumiskan sampai terbik bau yg membolehkan bersin tu...kemudian masukkan lala yg telah di bersihkan dan juga bahan perasa.


SENANG JER KAN..?..nanti try buat kkkk.....!!




    

Sarapan Jom..Roti Bakar...

Pagi yang indah,lebih indah kalau ada sarapan yg menyelerakan.,tapi bagi Waniey dan famili menu ni pun dah cukup "berselera" dah..Just nak "lapik" perut yg kosong...

 

Wednesday 5 December 2012

Sup Tulang Komunis...Hangattt...!!!

Salam rindu yg teramat semua..
Diam x bererti membisu,..bangkit dgn menu yg "hangat'..
Dua minggu x leh nak update kat sini..apa masalah..?..ermmm.!!.nak kena pi "blajaq" ni..apa-apa pun hari ni dah boleh update..menu yg yg jarang sekali Waniey tayang kat sini...Sup Tulang Komunis.,agak pelik sikit namanya..tapi menu ni sangat bagus di makan time-time lembab dan hujan macam sekarang ni...menu yg menyengat dan hangat..nak tahu hangat @ tak ,kenalah cuba ya..!!




 Resepi ni asalnya dari Thailand,kebiasaannya orang masak sup ni guna ayam kampung tapi boleh juga diganti bahan yg lain juga,seelok-eloknya bahan mentah yg kena masak lama macam tulang ni..Kalau kat kg Waniey hanya segelintir jer yg tahu menu ni..Sesetengah tempat tak tahu masakkan ni ,kalau orang Thailand mungkinlah mereka tahu..




Resepi ni Waniey ambil dari makcik Waniey..dia selalu masak menu ni..Waniey biasa makan dia masak jer...
Untuk buat sup ni kena masak lama dan banyak guna bahan ...
SUP TULANG KOMUNIS
bahan-bahannya:
  • 1 kg tulang lembu/1 ekor ayam kampung
  • air secukupnya
  • 10-15 btg serai-di titik
  • lengkuas sebesar penumbuk-di titik
  • halia sebesar penumbuk-di titik
  • 1@2 sb lada hitam -di tumbuk
  • 2 sb biji ketumbar-di tumbuk
  • 2 labu@20bji bwg putih-di ketuk
  • 5 labu bwg besar-potong 4
  • 10-20 tangkai cili padi-optional klu suka pedas-ketuk
  • 10 tangkai cili kering-potong
  • bahan perasa-garam dan ajinomoto
  • sup bunjut
cara masak senang jer...
rebus tulang/ayam sampai empuk dgn ke semua bahan -bahannya ,last sekali masukkan bahan perasa..
makan masa sup masih panas,baru rasa bahangnya..

 SELAMAT MENCUBA...
*****

Friday 23 November 2012

Kerabu Jantung Pisang style Kampung Ku


Salam sayang semua...


 AL-HAMDULILLAH..semuanya dah dah makan tengahari..menu apa hari ni..?..ke ada yg makan fast food?..hurmmm,,janji kenyang..


Ni menu ala-ala kampung sikit..sekali sekala layan menu ala kampung ni,terangkat jarum timbang berat tu..!..jantung pisang ni Waniey ambil kat pokok belakang rumah yg Encik Hubby tanam..x lama lagi boleh tayang buahnya pulak..ni Waniey tayang jantungnya dulu...
Apa lagi menu boleh buat dgn jantung pisang ni..??//???..

Kerabu Jantung Pisang
 Bahan-bahannya;
  • 1 jantung pisang-potong kecil dan rebus
  • 1/2 biji kelapa parut-sangai
  • 5 ulas bwg merah kecil*
  • 5 tangkai cili padi*
  • 1/2 sb lada hitam*
  • 2 ekor isi ikan sardin rebus
  •  garam n sedikit gula
  • jus limau nipis
tumbuk bhn yg bertanda* sehingga lumat,masukkan kelapa yg telah disangai dan isi ikan.kalau dah lumat gaulkan bersama dgn potongan jantung pisang yg telah di rebus n bahan perasa dan last sekali masukkan jus limau nipis,,gaul sebati sampai mesra...
 abaikan biji cili tu ya..

Tuesday 20 November 2012

1st Trial.. Nasi Kow Mok..yummyyy..

Salam sayang buat semua..apa khabar agaknya semua..?..harap semua sihat hendaknya..
Minggu ni nak tayang nasi yg popular kat Thailand kampung aku pun kena tempias gak....nasi ni lebih kurang macam nasi ayam jer,cuma tang colour nasinya jer yg lebih striking...ayamnya pulak lebih kurang macam ayam goreng berempah..kalau nak try kelainan nasi ayam boleh lah try. 

ni jer pic yg tinggal

Ni percubaan yg pertama,nasib baik menjadi..!!..tak sia-sia kredit phone,!.dok mengecall org kat kampung semata-mata nakkan resepi ni..kih..kih..
Biasa klu kat kampung,nasi ni beli kat kedai makan kat Golok..kalau kat Shah Alam ni kena masak sendiri ler jawabnya..


NASI  KOW MOK
 
Bahan-bahannya

Nasi
  • 2 pot beras-dibersihkan
  • 2in kunyit hidup-ambil airnya
  • 3 ulas bwg merah kecil
  • 2 ulas bwg putih
  • halia
  • bunga lawang,cengkih,kayu manis(tiga sekawan)
  • sedikit jintan manis
  • 2 sb madu
  • 2sb susu pekat
  • minyak@marjerin
  • garam
  • kaki ayam,leher ayam@bahagian yg x byk daging
  • air
  • sedikit susu cair-optional
  • daun pandan
 tumbuk@blendkan bwg merah,putih dan halia,jintan manis,tumiskan rempah tiga sekawan dan juga bhn yg di blend tadi,masukkan daun pandan,beras,garam,susu pekat,susu cair,madu,air kunyit,bhgian ayam...masak hingga nasi masak sempurna.
 
 Ayam

  •  1/2 ekor ayam
  • 3 btg serai*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 3 ulas bwg merah*
  • sedikit halia* 
  • kunyit*
  • garam 
blend bhn yg bertanda *,lumurkan pada ayam..perap 1/2 jam..pastu goreng cam biasa
 
Cili Sambal
 
  • 10 tangkai cili padi*
  • 10 tangkai cili merah besar*
  • 3 ulas bwg putih*
  • daun ketumbar*
  • air asam jawa@ cuka
  • garam n gula
blendkan bhn yg bertanda..masak sehingga sedikit pekat..dah sejuk,masukkan hirisan daun ketumbar
 
Ulam dan Sayur
  • timun
  • daun salad
  • daun ketumbar n daun bwg
SELAMAT MENCUBA....    

Friday 16 November 2012

LAKSA LEMAK

Salam Maalhijrah dan salam petang Jumaat..
Jumaat yg pertama di tahun baru Islam...semoga membawa byk barakah utk kita semua..



Laksa "time"...masih berterabur gak deko-dekonya..sememangnya tak di deko pun.Macam man sekli pun rupanya,ia tetap laksa..kahkah..
nak resepi jugak ya..?
nti Wanie update yooo...hari ni malas sikit nak menaip..
 

Monday 12 November 2012

Kek Sarang Semut @ Gula Hangus..


 Kek sarang semut @ kek gula hangus atau apa-apa lagi org panggil....nama lain-lain, tapi bendanya tetap yg sama..
Rasanya dah berbelas-belas tahun Waniey buat dan dah x tahu berapa byk yg dah jadi mangsa dok dlm tong sampah..sian kan..!! 
 Serius kali memang menjadi pada WANIEY lah buah kek ni...suka sangat-sangat..!!dah banyak kali dok try,byk resepi dah dok try gak..semuanya HAMPA!!..seingat Waniey,dah try buat kek ni, masa anak dara lagi..tapi semuanya bantattt..hurggh!!..tapi kali ni memang tak mengecewakan..!!..walaupun kek ni senang pada korang tapi bagi Waniey susahhh!!..dululah..!..not now!!berlagak sikit ya.. tak caya ker..?..walaupun xde deko-deko yg cantik..ignore jer yg bukan-bukan tu ya..!

 dah 3 kali buat..ke tiga-tiga jadikkkk..!!


suka,suka,suka..!!..kalau korang nak gelak..gelak je ler..!!..x marah pun!!..
Resepi yg kali  ni Waniey ambil dari fb..tapi dah x ingat siapa namanya..apa-apa pun TQ ya for this resipi..
Bahannya pun xde lah banyak,,sikit jer..memang korang patut try resepi ni,senang jer..

KEK SARANG SEMUT@ KEK GULA HANGUS

Resepi:
bahan-bahannya 

bahan A:  utk gula hangus  
  •  1 cwn gula pasir
  • 1 cwn air  panas
  • 1 sudu besar butter@marjerin
bahan B:
  • 4 biji telur gred B
  • 1 cwn susu pekat manis-Waniey kurangkan sikit coz manis sgt
  • 1 cwn tepung gandum-di ayak
  • 1 sudu kcl soda bikarbonat-ayak
  • 1 sudu  kcl baking powder-ayak
  • 1 sudu kcl esen vanilla
cara-caranya:
 
A: masak gula dgn menggunakan api yg kecil sehingga gula tadi cair dan keperangan.
    masukkan air panas dan butter-sejukkan -hati-hati semasa masukkan air panas takut terkena tangan. 
 
B: pukul telur sampai kembang,masukkan susu pekat sedikit demi sedikit,masukkan esen vanilla,tepung gandum,soda bikarbonat,baking powder sedikit demi sedikit sehingga habis dan akhir sekali masukkan gula yg di hanguskan tadi...masukkan ke dalam loyang yg telah di gliskan .bakar 30-40 minit  suhu 170c ...
        
      
 

Thursday 8 November 2012

KARI KEPALA IKAN TENGGIRI n SAMBAL BELACAN..

Salam sayang semua..dah masak blum..?..masih pening nak masak apa..?..mai sini kita try menu ala mamak plak..kot-kot boleh settle "kepeningan" yg melanda tu..!!..sekali sekala kita try menu ni ok gak..




KARI KEPALA IKAN TENGGIRI
 
bahan-bahannya;
  • 1 biji kepala ikan
  • 3 paket kari ikan -apa2 brand
  • 1 labu bwg besar-di mayang*
  • 2 biji bwg putih-mayang*
  • 1/2 sudu kecil jintan manis*
  • 3 serangkai*
  • daun kari*
  • halia*
  • minyak masak utk menumis
  • bhn perasa
  • air asam jawa
  • sedikit air 
  • tomato
  • bendi/terung- optional
cara-caranya;

tumiskan bhn yg bertanda * sehingga naik bau..kemudian masukkan serbuk kari yg di bancuh dgn sedikit air,biarkan sampai betul-betul pecah minyak(biar lama sikit- sentiasa kacau takut hangit)
masukkan air asam jawa, bhn perasa,terung,bendi dan kepala ikan...biarkan sampai masak..

SAMBAL BELACAN;

bahan-bahannya;
  • 5 ulas bwg merah kecil-di bakar*
  • 3 ulas bwg puith-di bakar*
  • 10 tangkai cili padi *
  • 3 tangkai cili merah besar*
  • belacan*
  • 4 biji tomtato ceri-potong
  • 1 bji jus limau nipis
  • bhn perasa*
cara-caranya;
tumbuk bhn yg bertanda * masukkan jus limau nipis n tomato ceri..

Wednesday 7 November 2012

Spageti Goreng ala Di Lesung Pecah..

Menu untuk hari ni simple jer..layan jer pic ni..tiada kata-kata..kita membisu jap ok..





SPAGETI GORENG ala DI LESUNG PECAH..

bahan-bahannya;
  •  1/2 bungkus spageti-apa2 brand janji halal-rebus
  • 1 1/2 labu bwg besar holland-potong kecil*
  • 5 ulas bwg puith-potong kecil*
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar serbuk cili kering
  • 5 sudu besar  minyak zaitun
  • 2 kuib ayam
  • 6 btg sosej di potong kecil
  • udang/isi ayam @ ikut suka 
  • 5 kuntum cendawan shitake
  • brokoli-celur
cara-caranya;

rebus spageti 7-10 minit .. tumiskan bhn yg bertanda * hingga naik bau,masukkan kuib ayam, potongan sosej,cendawan shitake,isi udang dan spageti...kacau biar sebati n mesra...last sekali masukkan brokoli,lada hitam dan serbuk cili kering.

 
 

Saturday 3 November 2012

TONGKOL /AYA MASAK SAMBAL

Assalamualaikum**
Dah dekat 2 minggu x update DLP ni...menghilang sekejap sempena cuti Raya Korban.. DLP pun ikut cuti gak...
Tengok kat blog kawan2 dah ada yg tayang menu daging korban..terliur di buatnya..sabarrr dulu..nti kita pun nak tayang gak..tunggu Q..OK..
Hari ni nak tayang ikan jer..


Lebih sedap klu makan dgn nasi lemak..tapi kami makan dgn nasi putih jer...resepi available now.. layan dulu..

TONGKOL/AYA MASAK SAMBAL..
 
  • semestinya ikan tongkol/aya -goreng separuh masak@rebus semalaman-letak asam,gula melaka n garam -rebus dlm 1/2 jam
  • 1 labu bwg besar *
  • 5 ulas  bwg putih *
  • 15 tangkai cili kering*
  • sedikit halia*
  • sedikit kunyit hidup*
  • air asam jawa
  • minyak masak
  • bhn perasa secukupnya-garam n gula
 ikan tongkol/aya-waniey rebus semalaman-klu dah rebus x perlu goreng. 
bahan yg bertanda * di blender cam nak buat sambal biasa tu..tumiskan bhn yg di blend sehingga pecah minyak..masukkan air asam jawa dan bhn perasa,masukkan ikan tongkol tadi,dan biarkan merenih seketika..biar ikan n sambal mesra n saling mengenali...kahkah..klu nak sedap ler....
 
info...  klu kat Thailand menu nasi lemak popular dgn sambal ikan tongkol ni...yg paling bestnya tulang ikan tongkol lembut mcm ikan sardin dlm tin tu...nanti nak kena belajar cam ner depa blh buat tulang ikan tongkol tu jd cam tulang ikan sardin dlm tin tu....
 
SELAMAT MENCUBALAH KENGKAWAN....!!!


Wednesday 24 October 2012

Ketam Sambal 3 Sos

Alhamdulillah 2 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Korban..AIDILADHA..Raya Haji..**
X sabar rasanya nak blk kg ni..esok kami akan berangkat blk kg..harap-harap selamat..kepada semua rakan-rakan di alam maya ni SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA..
 Berapa ekor lembu tumbang ya..?..pasti lepas ni mesti post masakan daging jer..sebelum nak post masakan daging meh sini Waniey post seafood dulu ok..
 

 
nak try gak ker ni..?
ni masakkan yg simple n campak-campak jer..
 
KETAM SAMBAL 3 SOS
 
bahan-bahannya
    3 ekor ketam
    1 mangkuk minyak masak
    3 ulas bwg puith-ketuk
    1 labu bwg besar-tumbuk@blend
    5 sdb cili giling 
    5 sdb sos plum
    5 sdb sos cili
    1 sdb sos tiram
    sedikit air 
    gula dan garam secukup rasa

goreng ketam separuh masak-ketepikan
tumiskan bwg putih sehingga terbit bau masukkan cili giling n bwg besar,masukkan sedikit air, sos plum ,sos cili n sos tiram..masukkan ketam n bhn perasa biarkan merenih seketika..sedia di makan..
 
 
 
 
    %%%%%%%%%%%%%%%%
   

Sunday 21 October 2012

Santai At Pantai Morib

Santai kami di Pantai Morib..




antara jiran-jiran yg hebat..susah nak cari jiran macam kami.."sehati sejiwa"






macam-macam style ada..santailah katakan.. !!..
menu kami utk picnik ni,kami buat tema "pot luck"..masing-masing bawa makanan sendiri..macam-macam ada..

 

Wednesday 17 October 2012

Stim Meriah Ikan Kerisi..

Yuuhuuu..

 
 Salam petang semua..dah makan tengahari dah..?..klu ada yg belum makan n belum masak tu..bolehlah try buat stim meriah ni..semua ada..main taruk jer..senang kerja kan..?


Teringin pulak nak makan ikan stim..tp x nak cam biasa tu nak yg lain mcm plak..nak ala-ala Chinese style..tapi ni rasanya dah lari  dari chinese style..belasah je lah labu..janji sodap..!! 




Tapi dalam cubaan ni..memang menjadi lah plak..sedappp!!..walaupun resepinya main taruk jer..x cukup sekor jer..




resepinya senang jer...
  • 1 ekor@ lebih ikan kerisi
  • 1/2 inc. halia
  • 1biji limau nipis(jus) 
  • 2 kuntum cendawan shitake(rendam)
  • bunga kobis
  • 3 biji cili padi
  • lada hitam
  • garam  
  • daun ketumbar
- sediakan periuk utk mengukus
- lumurkan ikan dgn garam dan jus limau nipis.
- taburkan serbuk lada hitam
- masukkan hirisan halia,cili padi,cendawan,bunga kobis dan daun ketumbar.
- kukus 20 minit @ sehingga ikan masak..
 
Lebih enak kalau di ratah..SELAMAT MENCUBA.. 
  

Monday 15 October 2012

Roti Sulung Ku..

 Akhirnya niat nak meroti Sabtu lepas menjadi jugak...ALhamdulillah..rotinya menjadi n lembut..lama dah x buat roti ni,resepinya pun dah nak hampir "lesap"..
Lama dah pasang niat nak membuatnya tapi..mood malas tu lama sangat bertapak..nasib baik "mood" tu dapat hilang jap..jadi lah roti ni..
Nak buat roti memanglah senang klu ikut "law"nya...tapi yg malasnya nak menguli tepung hingga jadi doh..part tu yg malas n x tahan..lama sangat..tapi sekarang ni zaman dah canggih,macam-macam ada..boleh 'tolong" kita,tolong uli tepung..cam breadmaker ..menyenangkan kerja..Terima kasih ya Puan Zai ..
Roti pertama kat ..di lesung pecah ni..

ni klu cicah gan air kopi @ teh panas..perghhh..!!
klu nak merasa jemputlah dtg umah ya..
  
Bahan-bahannya
     bahan A 
  • 500gram tepung high protien
  • 125gram gula halus
  • 25gram susu tepung
  • 1 paket yis mauripan(11 gram)
  • 1 sudu teh garam
  • 11/4 suduteh baking powder
bahan B
  • 10 gram bread improver
  • 50gram shortening
  • 216 gram air sejuk
  • 1 biji telur
cara-cara -uli guna breadmaker..ikut arahan yg di beri(breadmaker)
cara-cara-uli guna tangan
campurkan ke semua bahan A n B,masukkan ke dlm bowl..uli selama 45 minit @ sampai doh masak/ tidak melekat  kat tangan..bentukkan mengikut kesukaan @ timbang mengikut sukatan 20g/50g/ikut suka...rehatkan sebentar11/2 jam-2 jam..lepas tu bakar suhu 180 darjah..selama15-20 minit..dah masak sapukan butter.

 

Monday 8 October 2012

Mee Celup Lagiiiiiii....!!

Salam Isnin semua..:))
 
dah x sempat nak mendeko..x tahan..!!
Woww..!!..mee celup ..n3 ni sepatutnya di tayangkan 2 minggu lepas lagi tapi terpaksa di "delay"kan ..sebab apa delay..?..sebab x tahan tengok,nanti teringin plak..bahan-bahan xde dlm stok simpana..la ni klu tayang pun don't mind punya sebab ada stok..hehehe..berlagaklah plak..
Mee celup ni akan selalu di tayangkan diDLP ni sebab Waniey memang penggemar yg tegar mee celup ni...!!

kalau nak resepi mee celup...terjah kat sini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...