My Lovely Followers

Translate

Wednesday, 15 May 2013

Cek Mek Molek

CEK MEK MOLEK....

 Menu yg sesuai untuk breakfast @ minum petang , Cek Mek Molek...siapa tak kenal dgn cek mek molek ni memang rugi ler..!!..Rupa cek mek molek memang moleklah , rasanya pun lagilah molek..

Cek Mek Molek adalah kuih tradisional negeri  Kelantan..rasanya semua kenal dgn kuih ni. 


Proses nak buatnya pun xde lah susah mana pun , sama macam kuih keria cuma kuih keria gulanya kat luar,kuih cek mek molek ni pula, gulanya di dalam..





Bahan-bahan;
  • 1 kg ubi keledek - potong kecil(rebus)
  • air utk merebus
  • garam(masukkan ketika merebus)
  • 1 cwn tepung
  • 1 sdb marjerin
  • gula
Lenyek ubi yg di rebus hingga lumat , masukkan marjerin dan tepung sedikit demi sedikit , gaul sebati sehingga menjadi doh..(doh memang melekit sikit)
Jadikan doh tadi mengikut saiz kesukaan masing-masing,untuk intinya hanya letak gula sahaja..pastu goreng dgn api yg sederhana..
 
 
 

Tuesday, 14 May 2013

Nasi Lemak Susu Manis

Assalamualaikum...
Salam sejahtera semua...rasanya masih belum terlambat lagi,nak ucap SELAMAT HARI IBU kepada ibu-ibu semua di Malaysia mahupun di seluruh dunia..
Tanpa ibu siapalah kita..
Sempena Hari Ibu ni, Waniey nak tayang menu yg tak akan jemu selamanya..betul tak?Menu yg takkan pudar di mata warga Malaysia...hehe..!!



Nasi lemak memang takkan pernah luput...nasi lemak kosong jer..!!


Nasi lemak kali ni Wanie letak susu pekat manis dalam nasinya semasa masak nasi..ada kelainan sikitlah...rasanya tetap sama tapi lemaknya lebih sikit dan nasi lebih peroi .
Caranya tetap sama macam masak nasi lemak biasa cuma tambah susu pekat jer pada nasi..
 Rasanya semua tahu macam mana nak masak nasi lemak ni..


Bahan-bahan;
utk nasi
  • 3 cwn beras
  • 2 cwn santan
  • 3 helai daun pandan
  • 3 sdb susu pekat manis
  • sedikit garam
-basuh beras..campurkan semua bhn ke dalam periuk,( guna periuk letrik.. )

Utk sambal;
  • 15 tangkai cili kering*
  • 1 labu bwg besar*
  • 6 ulas bwg putih*
  • sedikit belacan*
  • gula melaka
  • garam
  • air asam jawa 
  • santan
  • ikan bilis
  • 2 sdb susu pekat
  • minyak utk menumis
-blend bhn yg bertanda *..panaskan minyak-tumis bhn diblend sampai pecah minyak
 masukkan air asam jawa ,santan,gula melaka,garam ,susu pekat n ikan bilis..kacau sampai mesra ...

 






 


Tuesday, 7 May 2013

Gulai Kambing..

Assalamualaikum...Apa khabar semua..?
Lama sangat tak update blog ni...!!naik bersawang dah blog ni..bukannya tak sudi tapi tiada kesempatan masa...hari ni Wanie curi masa sikit nak update blog yg sekian lama tinggal ..
Sebenarnya dah byk pic yg menanti kat cik kamera tu,tunggu Q masing-masing utk di tayangkan..Wanie akan post gak nanti..untuk pembuka tirai ni..Waniey tayangkan dulu Gulai Kambing..


 

Mungkin ada sesetengah orang tak makan daging kambing ni ,maklumlah daging kambing ni ada sikit bau hamis..tapi bagi famly Waniey,kami semua makan...

Bahan-bahan utk gulai
  • 1kg daging kambing
  • 1kg santan @ 2 biji kelapa ambil santan
  • 3 sdb serbuk gulai kawah
  • 3 sdb serbuk kari daging apa-apa jenama
  • 10 ulas bwg kecil *
  • 4 ulas bwg putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 10 tangkai cili kering *
  • sedikit air
  • sedikit 3 serangkai
  • asam keping
  • garam dan gula
  • 4 biji ubi kentang
  • minyak utk menumis

blend bhn yg bertanda * .tumiskan bhn 3 serangkai dan juga bhn yg di blend sampai pecah minyak pastu masukkan rempah kari n gulai kawah yg di bancuh dgn sedikit air..tumis sampai pecah minyak.
masukkan daging,kacau biar rempah tadi sebati dan masukkan sedikit air utk melembutkan daging..biarkan seketika..
setelah daging agak lembut masukkan santan , kentang,asam keping ,garam n gula..masak seketika sampai kentang empuk..sentiasa kacau supaya santan tak berketul...SIAP..!!!
Jadildh ni..




 

Monday, 15 April 2013

Jemput-Jemput Udang Pedas

 Assalamualaikum...selamat petang semua..!!..
Dah ready untuk minum petang..?..awal sangat..!!xper saja jer nak awal hari ni supaya akak-akak semua tak payah dok pening - pening fikir nak buat apa untuk minum petang ni..Wanie dah tolong tayang menu untuk minum petang..Haaa.. apa lagi moh ler kita prepare apa yg patut..



JEMPUT-JEMPUT UDANG CILI
bahan-bahan
  • 1/2 kg tepung gandum
  • air suam secukupnya
  • udang sayur lagi banyak lagi sedap
  • segenggam ikan bilis
  • daun kucai
  • 3 sudu besar cili kisar klu nak lagi pedas cili padi pun boleh
  • 2 sudu minyak masak yg panas-ambil minyak tgh panas masa nak mengoreng tu
  • garam secukupnya
campurkan kesemua bhn..adunannya mestilah x terlalu lembik x terlalu keras,yg sedang-sedang jer ya.Goreng macam biasalah..
Cecah dgn sos kegemaran koranglah..

 

Tuesday, 9 April 2013

Ice Blended..CAPUCCHINO with BUBLE.


 AS - SALAM
 Lama sangat dah x update di Lesung Pecah ni...semenjak semua anak dah masuk sekolah ni n menjadi makcik driver,memang x menyempat nak menjengah blog..busy memanjang..!!Apa nak buat dah tanggungjawab,nak tak nak kena buat jugak..!!
Ada masa free sikit ni,nak share sikit pic ni...HOME MADE tau!!..iceblend ni..
Sesuai sangat dgn cuaca yg hangat membara ni..kita pekena iceblend complete dgn bublenya sekali.Memang menggigil gusi n gigi tengahari ni..




Buble dan serbuk cappucino ni Wanie beli masa kat kampung..beli kat pasar sebelah Thailand,Pasar Mundok namanya...nanti Wanie story lain kali lah pasal pasar Mundok ni..Layan jer dulu  pic ni..

CAPPUCINO ICEBLEND WITH BUBLE
-bahan- bahannya
Untuk 1 jug
  • 3 sdb serbuk cappucino
  • 5 sdb air gula
  • 2 cwn ais
  • 1/2  cwn air teh tarik
  • 4 sdb buble yg telah di rebus
campur semua bahan kecuali buble ke dalam jug blender,blend sampai semua bhn halus ..
masukkan bhn yg di blend bersama buble ke dalam gelas kegemaran masing-masing..klu nak lagi sedap topping kan dgn whipping cream...ermmm marvelouse..!!
  

TIP UTK MASAK BUBLE~
- Masak air terlebih dahulu sehingga mendidih dan barulah masukkan buble- sentiasa kacau buble....jangan basuh buble sebelum di masak...klu dah masak buble tu nak basuh,basuh ler...



 

Monday, 25 March 2013

Nasi Dagang


 Assalamualaikum...apa khabar semua..?..menu apa hari ni untuk juadah tengahari ni..?Ke ada yg belum tahu lagi nak masak apa untuk hari ni..ok,x per..meh sini Waniey nak share menu untuk hari ni..menu yg di datang khas dari Pantai Timur..rasanya pasti yg dah tahu pasal Nasi Dagang ni kan..?


Beras nasi dagang

 Nak masak nasi dagang ni agak lecehlah bagi Wanie, kena sabar sikit.sebabnya banyak step nak kena buat .

 gabungan mesra



NASI DAGANG
Bahan-bahan
utk nasi

  • 1 kg beras nasi dagang 
  • 1 1/2 biji santan kelapa
  • 6 ulas bwg merah kecil-mayang
  • 2 ulas bwg putih-mayang
  • halia-mayang
  • 2 sudu besar halba
  • garam dan gula
  • daun pandan
 rendam beras semalaman @ 2,3 jam sebelum di kukus. 
  1. alaskan loyang pengukus yg berlubang dgn daun pandan supaya beras tadi x jatuh dlm periuk yg berisi air- kukus beras selama 15 minit sehingga kembang
  2.  masukkan bwg merah,bwg putih,halia,halba dan santan serta gula dan garam-gaul sampai mesra
  3. kukus lagi sekali sehingga beras tadi masak @ sedikit kembang
      
 Bahan-bahan untuk gulai ikan tongkol
  • 1 ekor ikan tongkol yg besar-rebus semalaman dgn gula melaka asam keping dan garam-air sedikit shj(alas periuk dgn daun pandan utk elak ikan hangit/melekat)-guna api kecil
  • 1 paket rempah gulai nasi dagang(utk gulai ikan tongkol) import dari Pasar Payan Terengganu 
  • 2 biji kelapa utk santan
  • 10 biji bwg merah*
  • 3 biji bwg putih*
  • sedikit halia*
  • 2 btg serai
  • 4 sdb cili boh@cili giling*
  • garam n asam keping
 tumiskan bhn yg bertanda * sehingga pecah minyak
masukkan rempah gulai ikan yg di bancuh dgn sedikit air
biarkan sehingga rempah tadi pecah minyak,masukkan santan dan juga bhn perasa(garam,gula)dan last sekali masukkan ikan tongkol yg telah direbus..
kacau sebati..bolehlah di hidangkan..
 
 
 
 
 

Monday, 18 March 2013

Bawal Berselimut Sambal,Bawal Tidur Di Siang Hari...

Bawal berselimut sambal..hurmmm..!! Nak tengok..jomm..



Hanya namanya sahaja bawal berselimut sambal...bawal tu dah lama "tidur".. tu yg nak kena selimut ni...
resepinya sama gak dgn sambal ikan lain @ ayam.. resepinya x payahlah ya..masing-masing dah terer buat sambal ni malah lagi bagus dari Waniey ..


 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...