My Lovely Followers

Translate

Tuesday, 20 November 2012

1st Trial.. Nasi Kow Mok..yummyyy..

Salam sayang buat semua..apa khabar agaknya semua..?..harap semua sihat hendaknya..
Minggu ni nak tayang nasi yg popular kat Thailand kampung aku pun kena tempias gak....nasi ni lebih kurang macam nasi ayam jer,cuma tang colour nasinya jer yg lebih striking...ayamnya pulak lebih kurang macam ayam goreng berempah..kalau nak try kelainan nasi ayam boleh lah try. 

ni jer pic yg tinggal

Ni percubaan yg pertama,nasib baik menjadi..!!..tak sia-sia kredit phone,!.dok mengecall org kat kampung semata-mata nakkan resepi ni..kih..kih..
Biasa klu kat kampung,nasi ni beli kat kedai makan kat Golok..kalau kat Shah Alam ni kena masak sendiri ler jawabnya..


NASI  KOW MOK
 
Bahan-bahannya

Nasi
  • 2 pot beras-dibersihkan
  • 2in kunyit hidup-ambil airnya
  • 3 ulas bwg merah kecil
  • 2 ulas bwg putih
  • halia
  • bunga lawang,cengkih,kayu manis(tiga sekawan)
  • sedikit jintan manis
  • 2 sb madu
  • 2sb susu pekat
  • minyak@marjerin
  • garam
  • kaki ayam,leher ayam@bahagian yg x byk daging
  • air
  • sedikit susu cair-optional
  • daun pandan
 tumbuk@blendkan bwg merah,putih dan halia,jintan manis,tumiskan rempah tiga sekawan dan juga bhn yg di blend tadi,masukkan daun pandan,beras,garam,susu pekat,susu cair,madu,air kunyit,bhgian ayam...masak hingga nasi masak sempurna.
 
 Ayam

  •  1/2 ekor ayam
  • 3 btg serai*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 3 ulas bwg merah*
  • sedikit halia* 
  • kunyit*
  • garam 
blend bhn yg bertanda *,lumurkan pada ayam..perap 1/2 jam..pastu goreng cam biasa
 
Cili Sambal
 
  • 10 tangkai cili padi*
  • 10 tangkai cili merah besar*
  • 3 ulas bwg putih*
  • daun ketumbar*
  • air asam jawa@ cuka
  • garam n gula
blendkan bhn yg bertanda..masak sehingga sedikit pekat..dah sejuk,masukkan hirisan daun ketumbar
 
Ulam dan Sayur
  • timun
  • daun salad
  • daun ketumbar n daun bwg
SELAMAT MENCUBA....    

6 comments:

  1. assalamualaikum.. jengah sini.. tengok nasi yg namanya baru festime dengar.. hmmmm.. sedap nampak nasi nye.. ayam tu pun sedap.. nyum nyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..tima kasih sudi jengah sini..nti boleh try..!!

      Delete
  2. oh.. belum pernah cuba masak nasi komok... tapi selalu nampak resepinya, senang2 nanti memang nak cuba juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh cuba Kak Amie,sedap jugak nasi ni...

      Delete
  3. slalu nampak resepinya tp nk mencuba x sempat lg..nnt2 leh try nie:) sedappnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti try ya Kak Zila..resepinya x susah manapun..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...