My Lovely Followers

Translate

Wednesday 15 May 2013

Cek Mek Molek

CEK MEK MOLEK....

 Menu yg sesuai untuk breakfast @ minum petang , Cek Mek Molek...siapa tak kenal dgn cek mek molek ni memang rugi ler..!!..Rupa cek mek molek memang moleklah , rasanya pun lagilah molek..

Cek Mek Molek adalah kuih tradisional negeri  Kelantan..rasanya semua kenal dgn kuih ni. 


Proses nak buatnya pun xde lah susah mana pun , sama macam kuih keria cuma kuih keria gulanya kat luar,kuih cek mek molek ni pula, gulanya di dalam..





Bahan-bahan;
  • 1 kg ubi keledek - potong kecil(rebus)
  • air utk merebus
  • garam(masukkan ketika merebus)
  • 1 cwn tepung
  • 1 sdb marjerin
  • gula
Lenyek ubi yg di rebus hingga lumat , masukkan marjerin dan tepung sedikit demi sedikit , gaul sebati sehingga menjadi doh..(doh memang melekit sikit)
Jadikan doh tadi mengikut saiz kesukaan masing-masing,untuk intinya hanya letak gula sahaja..pastu goreng dgn api yg sederhana..
 
 
 

1 comment:

  1. Sedapnya makan cek mek molek sambil sembang2 Waniey... boleh habis 7 ketul tau!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...