My Lovely Followers

Translate

Friday 31 May 2013

N3 Tertunggak Gulai Kepala Ikan Daun Kadok

Assalamualaikum..
Selamat petang semua..sihat ke semua..?..dah lama sangat tak menjengah blog ni,bukannya dah tak berminat tapi banyak sangat "simpang"nya..terpaksa memilih..
 Start aja cuti sekolah anak Wanie yg ke-3 kena demam denggi..asyik dok berulang-alik ke klinik dan hospital utk ambil darah..tak berkesempatan nak menikmati cuti sekolah..tapi apakan daya dah termaktub mcm tu..redha ajelah..Syukur sangat demam dengginya tak seteruk sangat..Alhamdulillah..!!
 Doktor ni baik sangat..pandai layan budak2

Minggu ni pulak,Wanie sendiri yg demam selsema dan semput.tu pun berulang-alik ke klinik sedut nebuliser..memang tak terdaya sangat..minggu yg penuh dgn   "ujian " bagi Wanie...
Kita lupakan kisah tu..kita layan pula menu yg tertunggak ni..
Menu kali ni lain sikit..biasa gulai daun kadok ni klu kat kampung Wanie,biasa masak menggunakan siput sawah yg warnanya hitam.Kalau belah pantai timur mesti ada yg kenal dgn siput hitam ni..tapi kali ni Wanie tukar siput dengan kepala ikan kerapu..pun sedap juga!!



Bahan-bahan;
  • kepala ikan @ apa-apa ikan pun boleh
  •  santan
  • 10 helai daun kadok
  • 5 helai daun limau purut
  • 4 ulas bwg merah*
  • sedikit halia,lengkuas,kunyit hidup*
  • 2 tangkai cili kering*
  • 3 biji cili padi*
  • 1 btg serai *
  • asam keping
  • garam secukup rasa
tumbuk bhn yg bertanda*samapi halus-campurkan ke semua bhn kecuali daun kadok dan daun limau purut..biarkan sampai mendidih pastu klu dah ikan tadi dah masak baru masukkan kedua-dua daun(carik-carikkan)  tadi- biarkan seketika..
Pasti aroma memikat deria bau ...
SELAMAT MENCUBA YA .......
  

Wednesday 15 May 2013

Cek Mek Molek

CEK MEK MOLEK....

 Menu yg sesuai untuk breakfast @ minum petang , Cek Mek Molek...siapa tak kenal dgn cek mek molek ni memang rugi ler..!!..Rupa cek mek molek memang moleklah , rasanya pun lagilah molek..

Cek Mek Molek adalah kuih tradisional negeri  Kelantan..rasanya semua kenal dgn kuih ni. 


Proses nak buatnya pun xde lah susah mana pun , sama macam kuih keria cuma kuih keria gulanya kat luar,kuih cek mek molek ni pula, gulanya di dalam..





Bahan-bahan;
  • 1 kg ubi keledek - potong kecil(rebus)
  • air utk merebus
  • garam(masukkan ketika merebus)
  • 1 cwn tepung
  • 1 sdb marjerin
  • gula
Lenyek ubi yg di rebus hingga lumat , masukkan marjerin dan tepung sedikit demi sedikit , gaul sebati sehingga menjadi doh..(doh memang melekit sikit)
Jadikan doh tadi mengikut saiz kesukaan masing-masing,untuk intinya hanya letak gula sahaja..pastu goreng dgn api yg sederhana..
 
 
 

Tuesday 14 May 2013

Nasi Lemak Susu Manis

Assalamualaikum...
Salam sejahtera semua...rasanya masih belum terlambat lagi,nak ucap SELAMAT HARI IBU kepada ibu-ibu semua di Malaysia mahupun di seluruh dunia..
Tanpa ibu siapalah kita..
Sempena Hari Ibu ni, Waniey nak tayang menu yg tak akan jemu selamanya..betul tak?Menu yg takkan pudar di mata warga Malaysia...hehe..!!



Nasi lemak memang takkan pernah luput...nasi lemak kosong jer..!!


Nasi lemak kali ni Wanie letak susu pekat manis dalam nasinya semasa masak nasi..ada kelainan sikitlah...rasanya tetap sama tapi lemaknya lebih sikit dan nasi lebih peroi .
Caranya tetap sama macam masak nasi lemak biasa cuma tambah susu pekat jer pada nasi..
 Rasanya semua tahu macam mana nak masak nasi lemak ni..


Bahan-bahan;
utk nasi
  • 3 cwn beras
  • 2 cwn santan
  • 3 helai daun pandan
  • 3 sdb susu pekat manis
  • sedikit garam
-basuh beras..campurkan semua bhn ke dalam periuk,( guna periuk letrik.. )

Utk sambal;
  • 15 tangkai cili kering*
  • 1 labu bwg besar*
  • 6 ulas bwg putih*
  • sedikit belacan*
  • gula melaka
  • garam
  • air asam jawa 
  • santan
  • ikan bilis
  • 2 sdb susu pekat
  • minyak utk menumis
-blend bhn yg bertanda *..panaskan minyak-tumis bhn diblend sampai pecah minyak
 masukkan air asam jawa ,santan,gula melaka,garam ,susu pekat n ikan bilis..kacau sampai mesra ...

 






 


Tuesday 7 May 2013

Gulai Kambing..

Assalamualaikum...Apa khabar semua..?
Lama sangat tak update blog ni...!!naik bersawang dah blog ni..bukannya tak sudi tapi tiada kesempatan masa...hari ni Wanie curi masa sikit nak update blog yg sekian lama tinggal ..
Sebenarnya dah byk pic yg menanti kat cik kamera tu,tunggu Q masing-masing utk di tayangkan..Wanie akan post gak nanti..untuk pembuka tirai ni..Waniey tayangkan dulu Gulai Kambing..


 

Mungkin ada sesetengah orang tak makan daging kambing ni ,maklumlah daging kambing ni ada sikit bau hamis..tapi bagi famly Waniey,kami semua makan...

Bahan-bahan utk gulai
  • 1kg daging kambing
  • 1kg santan @ 2 biji kelapa ambil santan
  • 3 sdb serbuk gulai kawah
  • 3 sdb serbuk kari daging apa-apa jenama
  • 10 ulas bwg kecil *
  • 4 ulas bwg putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 10 tangkai cili kering *
  • sedikit air
  • sedikit 3 serangkai
  • asam keping
  • garam dan gula
  • 4 biji ubi kentang
  • minyak utk menumis

blend bhn yg bertanda * .tumiskan bhn 3 serangkai dan juga bhn yg di blend sampai pecah minyak pastu masukkan rempah kari n gulai kawah yg di bancuh dgn sedikit air..tumis sampai pecah minyak.
masukkan daging,kacau biar rempah tadi sebati dan masukkan sedikit air utk melembutkan daging..biarkan seketika..
setelah daging agak lembut masukkan santan , kentang,asam keping ,garam n gula..masak seketika sampai kentang empuk..sentiasa kacau supaya santan tak berketul...SIAP..!!!
Jadildh ni..




 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...