My Lovely Followers

Translate

Thursday 30 January 2014

Apam Beras

Kali ni cuba buat apam beras.Lama dah tak buat apam ni, dah lupa resepinya..tapi nasib baik ada jiran tetangga yang sudi share resepi tang apam ni..terima kasih ya jiran ku Kak Nor yg baik hati..tapi apam kita taklah secantik apam akak-akak kita yg lain..




APAM BERAS

Bahan-bahannya;
-untuk buat tapai...
1 1/2 cwn nasi dan sedikit ragi (hancurkan) dlm sebesar gula-gula m&m - gaulkan sehingga betul-betul mesra dan peram selama 3 hari dlm bekas yg bertutup.

Bahan-bahan lain;
-1 paket tepung beras seelok-eloknya brand teratai
-1 1/2 paket ino biru
-2 cwn gula 
-2 1/2 air
-pewarna -optional
-kelapa parut dan sedikit garam

-blendkan tapai nasi dgn gula dan sedikit air
-campurkan bhn blend tadi bersama tepung beras dan air,apabila dah sebati blendkan sekali lagi untuk menghaluskan bancuhan...biarkan 2 - 3 jam @ semalamman pun blh tapi jgn masukkan bhn bancuhan tadi ke dalam peti ais..
-selepas itu masukkan ino dan biarkan  dlm 30 minit barulah di kukus.. kukus dlm 5 minit @ sehingga masak
-kalau nak apam tu berwarna warni bolehlah letakkan pewarna kesukaan masing-masing--deko sendirilah ya..
-makan bersama dgn kelapa parut..










4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...