My Lovely Followers

Translate

Tuesday 14 May 2013

Nasi Lemak Susu Manis

Assalamualaikum...
Salam sejahtera semua...rasanya masih belum terlambat lagi,nak ucap SELAMAT HARI IBU kepada ibu-ibu semua di Malaysia mahupun di seluruh dunia..
Tanpa ibu siapalah kita..
Sempena Hari Ibu ni, Waniey nak tayang menu yg tak akan jemu selamanya..betul tak?Menu yg takkan pudar di mata warga Malaysia...hehe..!!



Nasi lemak memang takkan pernah luput...nasi lemak kosong jer..!!


Nasi lemak kali ni Wanie letak susu pekat manis dalam nasinya semasa masak nasi..ada kelainan sikitlah...rasanya tetap sama tapi lemaknya lebih sikit dan nasi lebih peroi .
Caranya tetap sama macam masak nasi lemak biasa cuma tambah susu pekat jer pada nasi..
 Rasanya semua tahu macam mana nak masak nasi lemak ni..


Bahan-bahan;
utk nasi
  • 3 cwn beras
  • 2 cwn santan
  • 3 helai daun pandan
  • 3 sdb susu pekat manis
  • sedikit garam
-basuh beras..campurkan semua bhn ke dalam periuk,( guna periuk letrik.. )

Utk sambal;
  • 15 tangkai cili kering*
  • 1 labu bwg besar*
  • 6 ulas bwg putih*
  • sedikit belacan*
  • gula melaka
  • garam
  • air asam jawa 
  • santan
  • ikan bilis
  • 2 sdb susu pekat
  • minyak utk menumis
-blend bhn yg bertanda *..panaskan minyak-tumis bhn diblend sampai pecah minyak
 masukkan air asam jawa ,santan,gula melaka,garam ,susu pekat n ikan bilis..kacau sampai mesra ...

 






 


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...